Hari Raya Aidilfitri IMSAK 2012

                                                                     Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulilah syukur kpd Allah yg memberi nikmat 
iman wal islam dpt kali ini 
AJKT IMSAK telah berjaya melaksanakan
program Gema Takbir Hari Raya Imsak Buat ahli-ahli nya.
Antara program tahunan imsak yg telah diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri 
Bersama pelajar sarawak yg tidak balik beraya di Malaysia.
Perjalanan Majlis berlangsung Selepas solat sunat Hari Raya
Dengan diadakan Solat Sunat Dhuha berjamaah,
Takbir Hari Raya,
Sesi Bergambar dan Video Ucapan Hari Raya,
Sesi Bermaafan dan Ucapan Hari Raya,
Dan Akhir sekali Jamuan Hari Hari Raya.


Antara Gambar2 Didalam Majlis Tersebut

Sebelum majlis sempat lg bergambar
Ucapan Pengerusi Majlis


Atas dari kanan : utzh Nurjannah, Ibu Afieq, ustzh Zulearana.Tengah :ust Azhar, ust Hafizh, ust Taqiuddin,  Dr Tarmizi,  Dr Afieq, Dr Fadli. Depan : Sharel, ust Norhafizi, Ayah Afieq, ust Fadhilah, Aliff

Kueh Mueh yg ada
Adik Beradik....:)
Kacak na jak..:)

Ucapan Hari Raya

Organisasi IMSAK 2012/2013

Assalamualaikom..Alhamdulilah Carta organisasi IMSAK 2012 / 2013 siap untuk pengetahuan Semua ahli IMSAK...Semoga Ajkt Baru ini akan Membawa IMSAK dgn matlamat yg Cemerlang , Gemilang, dan Terbilang...Salam 1 Malaysia...:)


              Memindahkan Gunung adalah Lebih Mudah Jika DiBandingkan Dengan Memikul Amanah

Perutusan Salam Lebaran Aidulfitri 2012

                                                              Bismillahirrahmanirrahim




Perutusan Salam Lebaran Aidulfitri 1431H

Alhamdulillah,selaut kesyukuran dan pujian kita tujukan kepada Allah S.W.T,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Baginda yang mulia,seterusnya kepada  para sahabat-sahabatnya.

Firman Allah S.W.T yang kira-kira bermaksud:Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana  Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya(menjulang)ke langit.(pohon)itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya.Dan  Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat.Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk,yang  telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi,tidak dapat tetap(tegak)sedikit pun”. (Surah Ibrahim ayat 24 hingga 26)

Bulan  Ramadhan yang hebat,agung dan penuh keberkatan akan pergi meniggalkan kita sekali lagi.Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan berikutnya???hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Amat beruntunglah siapa  yang memanfaatkan Ramadhan yang hebat ini dengan sehabis baik.Sebaliknya rugi dan muflislah siapa yang mensia-siakan kehadiran  Ramadhan ini.Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menghasilkan suatu pengajaran yang bermakna dalam membentuk jati diri kita untuk menjadi muslim yang bertakwa yang mampu menterjemahkan segala nilai islam dalam kehidupan serta mengambil hikmah yang terjadi  pada diri dan dunia yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Lebaran Aidilfitri yang dirayakan ini akan menjadi satu hari yang penuh bermakna buat kita semua justeru  meneruskan lagi kemanisan dengan berpuasa 6 hari didalam bulan Syawal ini.Jadikanlah sambutan  Lebaran Syawal ini sebagai titik tolak dan penerus untuk kita  sebagai sorang hamba mempertingkatkan lagi amalan dan ketaqwaan kepada Allah Ta’ala.Di kesempatan ini,kami Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir (IMSAK) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, kepada seluruh umat islam di Bumi Kenyalang dan umat islam yang berada di segenap pelusuk dunia.Waallahu a’lam..

“TaqabbalAllahu minna wa minkum”(Semoga Allah menerima dari kami dan kalian)amin ya rabb..

                            “Kullu ‘amin wa antum bikhair”