Pengenalan

Ikatan Mahasiswa Sarawak (IMSAK)

Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir atau nama singkatannya IMSAK merupakan sebuah persatuan pelajar Sarawak di Republik Arab Mesir. Pada tahun 1995, IMSAK telah berdaftar secara rasmi di bawah Kedutaan Besar Malaysia Di Kaherah.

Objektif penubuhan IMSAK adalah untuk menyatukan semua anak Sarawak yang belajar di Mesir selain mengambil berat kebajikan dan permasalahan ahli-ahlinya. Melalui penyatuan ini, IMSAK berusaha membangunkan peribadi Islam dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran, dakwah dan sosial di kalangan ahlinya.

Bercogan kata Berilmu, Beriman, Berjuang dan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai rasmi pertubuhan IMSAK,. Persatuan ini juga dinaungi oleh Ketua Menteri Sarawak dan Kedutaan Besar Malaysia Di Kaherah.

Kewujudan IMSAK juga mengharapkan hubungan antara semua badan dan persatuan yang sah di dalam dan luar negeri dapat dierat dan diperkukuhkan.


Kami boleh dihubungi melalui alamat ini :

IKATAN MAHASISWA SARAWAK MESIR (IMSAK)
Asrama Kenyalang, Malaysian Student Complex,
Toob El-Ramly, Haiyu Asyir, Nasr CIty,
Cairo, Arab Republic of Egypt.

No Tel : 002-02-4095534
Email : eemsak@yahoo.com
 



Logo Ikatan Mahasiswa Sarawak

MAKSUD LOGO IKATAN MAHASISWA SARAWAK (IMSAK)

PUTIH
kesucian, keikhlasan, keutuhan ukhuwah dalam silaturrahim

HITAM
nilai yang jelas, ketepatan hati dan kejituan matlamat

MERAH
sifat yang berani menempuh dugaan dan cubaan serta gigih dalam semua situasi

KUNING
kesucian dan kepatuhan kepada Islam

TIGA BUKU
Al-Quran dan Sunnah menjadi pemimpin jalan dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke pelusuk dunia

HURUF i
diambil sempena nama IMSAK ini sendiri dan membawa maksud :

ilmu pengetahuan yang tidak mengenal usia dan masa
ilham yang menjana masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
impian sesuatu matlamat hendaklah dikecapi dengan kegigihan dan kesungguhan jitu
iman membimbing ke arah kebenaran dan nilai murni yang menjadi contoh dan teladan


Dasar Dan Objektif
Dasar 
  • Al-Quran dan Al Sunnah adalah rujukan dan pegangan asasi IMSAK dan apa-apa yang bercanggah dengannya adalah tertolak.
  • IMSAK bukan pertubuhan politik DAN tidak akan menjalankan kegiatan politik ATAU menyertainya

Objektif
  1. Menyatukan semua anak sarawak yang belajar di mesir
  2. mengambil berat kebajikan dan permasalahan ahli IMSAK
  3. membangunkan peribadi islam dan kecermalangan dalam bidang pelajaran, dakwah sukan dan sosial
  4. mewujudkan hubungan dengan mana-mana pertubuhan, badan dan persatuan yang sah di dalam dan di luar negeri
  5. mewujudkan hubungan yang rapat dengan kerajaan negeri sarawak dan menjaga nama baik sarawak pada kacamata luar. 
  6.