Gotong Royong Umum Asrama Kenyalang

12 Mac 2010
Asrama Kenyalang Malaysian Student Complex

"Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"
Pepatah tersebut direalisasikan oleh semua penghuni Asrama Kenyalang pada tanggal 12 Mac 2010 yang lalu. Gotong Royong umum merupakan program bulanan Biro Perumahan IMSAK bertujuan untuk memastikan Asrama Kenyalang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk semua penghuni.

Gotong royong yang bermula seawal 8 pagi ini menekankan pembersihan rapi bahagian bumbung dan tangga Asrama kenyalang. Setiap penghuni diberi tugasan masing-masing dan Alhamdulillah, gotong royong ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua penghuni.

Berikut adalah aksi profesional ahli gotong royong pada hari tersebut.


Mesyuarat kecil bincang cara-cara untuk mengemaskan maktabah dan pejabat

Teknik menyapu yang betul daripada Dr Uthman

Ni nak pindahkan barang ke buat lelongan barang?

Ust Azhar tekun menyapu.. tak pandang orang dah..

Berdebu.. kena gosok-gosok dulu..

Dah habis kerja kita g minum dulu.. cekodok dah siap menunggu..


IMSAK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh penghuni Asrama Kenyalang. InsyaAllah, dengan adanya sikap saling membantu dan bekerjasama ini, segala pekerjaan akan menjadi ringan untuk dilaksanakan..