Program Ijazah Luar Negara

  • Pendahuluan

    Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti-universiti Terkemuka di luar negara dalam bidang-bidang yang kritikal serta bidang-bidang lain yang diperlukan oleh negara.Calon-calon yang berjaya ditawarkan biasiswa tajaan Jabatan ini dikehendaki untuk mengikuti program-program persediaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini bagi tempoh 3 bulan hingga 24 bulan bergantung kepada program pengajian/negara tajaan.Permohonan untuk mengikuti program ini hanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi setiap tahun. Permohonan adalah secara online dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
  • Borang Permohonan

    Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web JPA secara percuma melalui portal atau http://esila.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM diumumkan secara rasmi .
  • Maklumat lanjut

    Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila hubungi :-
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYAProgram Ijazah Luar Negara
    Tel : 03-88853397
    Faks:03-88892170
    Email : Penajaan Luar Negara esila@jpa.gov.my