IMTIHAN SIK LAMAK GIK OOI!

IMTIHAN SIK LAMAK GIK OOI!


       Tauk sik kitakorang ‘Ish Baladi ialah salah sigek dari makanan yang sik menggemokkan? Tauk sik kitakorang Running Man merupakan antara salah sigek dari rancangan reality yang paling popular di seluroh dunia kinektok? Tauk sik kitakorang dalam Grey’s Anatomy, pelakon-pelakonnya sanggup berlakon jadi gay atau lesbian walaupun daknya bukan jenis giya asalnya? Insya Allah, apa yang disebut sebelum tok sik akan keluar dalam imtihan/exam sik kira kitakorang kuliah ne.

       Macam yang kita suma tauk, exam udah dekat dah. Arumbulak dekat glak sampe kita boleh nangga Mr. Exam empun Mercedes parking di luar pintu rumah. (mun yang bena-bena boleh nangga ya, digalakkan pegi ke hospital terus pake check-up) Al maklumnya, kita akan nangga perubahan yang pelik-pelik yang akan berlaku kat kita dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Waktu toklah kita akan rasa seolah-olah ada seguni beras diikat di palak kita. Waktu gitok juaklah kita tok akan mula menggelepar encarik penyelesaian pake semua kekurangan dan kesalahan kita sebelum tok. Tapi iboh riso, hari tok kamek ada point-point yang bagus, yang mana mun kita hayati dan paham bena-bena, Insya Allah ada faedah.
 



The Common Exam Control Solutions Yang Salu Kita Nengar
  1. Banyakkan Ibadah
  2. Tajdidkan niat
  3. Belajar banyak lagik
  4. Kurangkan tido
  5. Jaga kesihatan
  6. Kurangkan makan supaya sik ngantok masa belajar
  7. Rajin-rajin polah latihan, nota dan menghafal
  8. Mintak maaf kat mak, bapak, isteri, suami, anak dan mintak doa daknya
  9. Banyakkan berdoa
  10. Paksa dirik lebih kuat dari biasa
  11. Nangga video/ceramah/lagu motivasi
Tok lah antara tips-tips yang salu urang merik bila dah masok time exam. Tapi, kitakorang sedar sik ada banyak benda yang selalu kita lupak dan terlepas pandang?

 

The Forgotten Ethics And Practices For Overcoming Exam And The Problems From It Nok Kita Salu Lupak

1.       Mulakan usaha kita ya tek dengan bertaubat. Bukan taubat leng-leng atau main-main, tapi Taubat Nasuha. Amalkan dan banyakkan istighfar. Banyak-banyakkanlah ingat kat Allah, dari segi lisan atau hati. 
2.       Kita hanya niat nak molah banyak-banyak ibadah masa exam jak. Kita selalu sik sedar, yang kita hanya niatkan untuk banyakkan ibadah ya SEMATA-MATA PAKE MASA EXAM JAK. Apa salahnya kita niat nak polah amalan ya berterusan?
3.       Tajdid/Perbaharukan niat, ingat balit kenak kita jaoh-jaoh pegi belajar kat Mesir tok. Jangan mala nak ingat balit niat kita yang asal AJAK, tanpa polah islah/improvisation niat kita. Mun niat asalnya mok belajar bena-bena sebab mok idup senang, apa salahnya kita baguskan lagik niat kita contohnya mok belajar bena-bena sebab mok idup dirikpun senang, dalam masa yang sama, kita boleh lagik banyak nulong urang. Mudah-mudahan tambah gik niat yang lebih bagus, lagik bermotivasi kita jadinya.
4.       Waktu exam tok, kita akan mula encarik kesalahan dirikpun. Last-last kita akan jadi down, sebab mala miker menyesal jak. Kita lupak untuk berfikiran positif. Adapun kita study last minute, ataupun sik banyak study, ataupun apa-apa jak masalah yang tiba-tiba muncul bila dah dekat-dekat exam, abaikan dan CARIK PENYELESAIAN/SOLUTION, bukannya nyalah dirik empun lagik. Jangan difikir lagik PENYESALAN, apa yang patut kita fokus ialah PENYELESAIAN. Jadikan keadaan yang kurang bagus tok jadi keadaan yang paling bagus.
5.       Jaga kesihatan dengan menjaga permakanan dan jaohkan dari tempat-tempat yang berbahaya untuk kesihatan. Cuba amalkan pemakan-pemakanan macam para Cendekiawan/Scholars of Islam dolok. Bak kata Dr. Tarmizi At-Tabuani,“Makan kacang tok bagus pake utak. Imam Syafi’e ngamal makan kacang bah.” Jangan polah benda yang boleh memudaratkan dan membunuh dirikpun. Badan kita tok bukan kita hak kita, tok amanah/loan Allah kat kita. Ingat, mun sengaja memudaratkan dirikpun sampe munoh dirik (macam merokok), sik encium bau syurga tauk x? Bagus juak masok neraka, sik pelu gik carik lighter pake merokok dalam neraka oo?
6.       Jaga hubungan kita dengan urang di sekeliling kita, especially dengan ahli bait/housemate kita. Sama-sama beringat dengan daknya, banyakkan bersabar waktu exam tok sebab stress boleh menguasai dirikpun. Mun kita nangga daknya ada polah benda yang sik betol, tegorlah dengan cara berhikmah. Ingat, menegur dengan cara direct atau cara menyindir bukannya the only way yang ada untuk kita polah nahi mungkar. Kita mengajak urang meninggalkan maksiat kepada ibadah(amar ma’ruf) pun nahi mungkar juak kan? (pahamkan bena-bena cara menegor bilhikmah dalam Islam)
7.       Jaga keselamatan dan kesihatan urang lain. Fikir bena-bena mun nak polah sesuatu, adakah implikasinya akan memudaratkan urang lain atau sik? Macam merokok, cariklah tempat yang kita konfiden sikda urang akan encium asap rokok kita. Bukan apa, bukan setakat kita jak akan dimudaratkan bila merokok, tapi urang lain pun sama juak. Malah, lagik terok urang lain sebab asap yang diciumnya sikda filter. Dah polah duak dosa dah, sigek mudarat dirikpun, sigek gik mudarat urang lain. Salah ari bulan, ada urang mati oleh kita sebab ada penyakit asma. Na’udzubillahi Min Dzaliik.
8.    Selalulah ingatkan dirikpun, waktu kita stress ada salah satu dari masa-masa yang kita lemah. Bila dah lemah ya, senang kita untuk dikuasai nafsu dan Syaitan untuk polah maksiat. Sentiasa lah ingat ayat ya tek supaya otak kita kurang kebarangkaliannya untuk dikawal oleh nafsu...Sebab apa? Sebabnya, akal yang waras yang sepatutnya mengawal otak kita, bukan nya nafsu yang haloba. 
9.       Jangan nak study jak-jak. Berhiburlah juak sekali-sekala. Tapi ingat, jangan salu gilak. Jangan juak sekali-sekala tapi sekali-sekala kita ya berjam-jam. Niatkan masa nak berhibur ya, semoga berhibur ya boleh nolong kita untuk belajar dengan lebih semangat.

10.   Berdoalah banyak-banyak, sebab doa tok adalah salah satu daripada senjata yang paling menakutkan yang hanya ada pada orang Islam. Doa ya biarlah disertakan dengan adab-adabnya, dan usaha. Berdoa jangan pake dirikpun juak, berdoalah pake urang lain. Bila kita dah selalu ingat urang lain dalam doa kita, ya lah tanda-tandanya kita bena-bena sayang kat sahabat dan saudara kita. Ambik iktibar dari kisah Nabi Ibrahim, yang darinya mulanya susur galur legasi yang Agung. Siapakah yang dimaksudkan kamek tok? Sela-sela lah encarik.
11.   Apabila dah mulanya semua amal yang bagus-bagus dan produktif waktu exam tok, niatkan amalan-amalan tok jadi istiqamah. Niat jak sik guna tanpa usaha. Polah azam untuk istiqamahkan amalan tok lekak exam. Dan bila datang lagik exam lain, kita sentiasa improvise amalan-amalan kita supaya jadi lebih bagus dan produktif.


Apabila kita dah mula memahami dan menghayati suma yang ditulis di atas, Insya Allah kita boleh nangga dan menghadapi Imtihan dari sudut yang berbeza dan lebih positif. Perlu diingatkan, benda-benda yang tertulis di atas tok bukanlah the only thing yang salu urang lupak. Ada banyak lagik benda yang kita selalu terlepas pandang, dan hanya Allah dan kita dirikpun lah sebaik-baik hakim untuk mengadili dirikpun. Istiqamahkan muhasabah dirikpun, sebab muhasabah dirikpun setiap hari ya Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. selalu muhasabah dirikpun sebelom tido, selain dari mengamalkan Surah Al-Mulk. Ingat! Kita bukan jak berusaha pake Dunia, tapi pake Akhirat juak. Jangan jadi macam peserta-peserta dalam Running Man, yang sanggup bersusah payah, sehinggakan membukak aib dirikpun demi mengejar kejayaan Dunia semata-mata. Jangan jadi kedak pelakon-pelakon dalam cita Grey’s Anatomy, yang sanggup menggadaikan badan daknya untuk tontonan ramai dan sanggup berlakon sehinggakan dengan mudahnya boleh polah aksi-aksi menyalahi fitrah manusia(di luar tabi’e). Banyak-banyakkanlah berdoa sebab Allah suka hambaNya yang memintak dariNya. Cuba ambik iktibar dari seorang Nabi yang genius, iaitu Nabi Ibrahim. Caranya berdoa, dengan siapanya berdoa, adab-adabnya berdoa, dan timingnya berdoa semuanya ada sebab tertentu yang banyak urang  terlepas pandang. Ingatlah! Result bagus atau sik, semuanya telah Allah tentukan di Lauhul Mahfuz dan semuanya bergantung kepada ketentuan-Nya. Ambik iktibar dari kegagalan dan kejayaan, sebab dugaan yang Allah merik sik semestinya dalam bentuk kesusahan dan kegagalan jak. Tapi tanpa kita sedar kejayaan dan kesenangan pun merupakan dugaan yang tidak disedari. Insya Allah, have faith in Allah, for He ALWAYS KNOW, ALWAYS LISTEN, AlWAYS WITH YOU 

~Selamat Bermujahadah~

Signed,
Dr. Mong