Perutusan Ramadhan 2012


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita untuk bertemu sekali lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya. Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai jenis penyakit di dalam diri kita. Jadikanlah kesempatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini untuk kita memperbaiki hubungan kita sebagai “HAMBA” dengan Sang Pencipta  yang Maha Berkuasa  serta hubungan kita sesama “HAMBA”. Intailah Lailatul Qadar kerana malam tersebut mengandungi sebaik-baik malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Sama-samalah kita gunakan kesempatan usia yang berbaki ini untuk memperbanyakan amalan sebagai “Tanaman Duniakerana tanaman tersebut menjadi “Tuaian Akhirat”kepada kita kelak. Firman Allah S.W.T  yang kira-kira bermaksud:

”Sediakanlah bekalan,sesugguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa,dan bertakwalah kepada KU wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat”.(Surah Al-Baqarah ayat 197)

dan dari hadis Nabi S.A.W bersabda yang kira-kira bermaksud:

”Barangsiapa yang mendirikan sembahyang pada waktu malam dalam bulan Ramadhan dengan penuh KEIMANAN serta mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Buat renugan kita bersama selagi bernyawa, firman Allah S.W.T yang kira-kira bermaksud:

”Demi masa.Sesugguhnya manusia berada dalam kerugian.KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Surah Al-Asr ayat 1-3).


Semoga Allah S.W.T menerima semua amalan kita disepanjang bulan Ramadhan ini dan seluruh amalan kita disepanjang kehidupan kita semua.amin ya Rabb.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam yang berada dipelusuk dunia.’’

Wallahu a’lam.                                                                                              
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Norhafizie Bin Kamil
Pengerusi IMSAK 2012/2013
2 Ramadhan 1433H / 22 Julai 2012