Bismillahirrahmanirrahim
Perutusan
Salam Lebaran Aidulfitri 1431H
Alhamdulillah,selaut kesyukuran dan pujian kita tujukan kepada Allah S.W.T,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Baginda yang mulia,seterusnya kepada para sahabat-sahabatnya.
Firman Allah S.W.T yang
kira-kira bermaksud:”Tidakkah
kamu memperhatikan bagaimana Allah telah
membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan
cabangnya(menjulang)ke langit.(pohon)itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu
dengan seizin Tuhannya.Dan Allah membuat
perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat.Dan perumpamaan kalimat
yang buruk seperti pohon yang buruk,yang
telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi,tidak dapat
tetap(tegak)sedikit pun”. (Surah Ibrahim ayat 24 hingga 26)
Bulan Ramadhan yang hebat,agung dan penuh keberkatan akan pergi meniggalkan kita sekali lagi.Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan berikutnya???hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Amat beruntunglah siapa yang memanfaatkan Ramadhan yang hebat ini dengan sehabis baik.Sebaliknya rugi dan muflislah siapa yang mensia-siakan kehadiran Ramadhan ini.Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menghasilkan suatu pengajaran yang bermakna dalam membentuk jati diri kita untuk menjadi muslim yang bertakwa yang mampu menterjemahkan segala nilai islam dalam kehidupan serta mengambil hikmah yang terjadi pada diri dan dunia yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Lebaran Aidilfitri yang dirayakan ini akan menjadi satu hari yang penuh bermakna buat kita semua justeru meneruskan lagi kemanisan dengan berpuasa 6 hari didalam bulan Syawal ini.Jadikanlah sambutan Lebaran Syawal ini sebagai titik tolak dan penerus untuk kita sebagai sorang hamba mempertingkatkan lagi amalan dan ketaqwaan kepada Allah Ta’ala.Di kesempatan ini,kami Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir (IMSAK) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, kepada seluruh umat islam di Bumi Kenyalang dan umat islam yang berada di segenap pelusuk dunia.Waallahu a’lam..
“TaqabbalAllahu
minna wa minkum”(Semoga Allah menerima dari kami dan kalian)amin ya rabb..
“Kullu
‘amin wa antum bikhair”