Sekitar Mesyuarat Agung & Pilihanraya IMSAK (MAPISA) ke 16

28 Februari yang lalu, IMSAK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan & Pilihanraya IMSAK (MAPISA) ke 16. Alhamdulillah, MAPISA kali ke 16 ini dapat berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli IMSAK.

Berikut adalah gambar-gambar semasa sesi MAPISA sedang dijalankan..

Pengerusi IMSAK sesi 2009/10 memberi penerangan.

Ust Noorahim selaku Biro Pendidikan, Kesenian & Kebudayaan membacakan laporan beliau.

Ust Mohd Fadilah, Setiausaha Agung IMSAK pemangku jawatan Timbalan Pengerusi menjawab persoalan daripada ahli.
Barisan AJK MAPISA kali ke 16 yang di pengerusikan oleh Ust Akmal Firdaus.

Ucapan Pembubaran AJKT oleh Pengerusi 2009/2010.

Ust Mahathir melakukan pembuangan undi disaksikan oleh ust Norhafizie.

Ust Azman, warga baru IMSAK melakukan pembuangan undi.

Ucapan Sulung Yang Di Pertua IMSAK sesi 2010/11, Ust Mahathir Ahmad

Penyeraha fail tugas kepada YDP baru IMSAK bagi sesi 2010/11, Ust Mahathir Ahmad.

Ust Noorahim menyandang jawatan Bendahari Agung IMSAK sesi 2010/11

Ust Mahathir menyerahkan fail tugas Biro Dakwah kepada Ust Ariff. Beliau menjadi AJKT termuda IMSAK bagi sesi 2010/2011

Barisan AJKT IMSAK sesi 2010/11
IMSAK mengharapkan sumbangan bakti anda semua..


Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)


Semoga saff kepimpinan IMSAK yang baru ini dapat memantapkan lagi kesatuan ini.
Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat redha-Nya
Amiin..