Futsal Bersama Pasukan Sabah

5 Julai 2010 menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan IMSAK dan pasukan BKAN Sabah Mesir yang mana telah dianjurkan sepenuhnya oleh Biro Sukan dan Kegiatan Luar IMSAK. perlawanan buat julung kalinya ini diadakan di Sport Development Center Cairo bermula jam 9 malam.

Objektif utama program sukan muhibbah ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara dua badan ini selain mengisi aktiviti cuti musim panas. IMSAK mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan oleh pasukan Sabah. semoga hubungan ini menjadi salah satu lambang teguhnya perpaduan sesama umat Islam.

Penerangan strategi permainan oleh Mohd Fadilah.

Penjaga gol berpengalaman pasukan IMSAK.

Barisan pemain simpanan.

Pemain Sabah cuba melepasi skuad IMSAK.

Taqiuddin merampas bola daripada pemain Sabah.

Suasana di dalam Sport Development Center Cairo.

Kedua-dua pasukan mengambil gambar kenangan sebelum beredar.

Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dan terus menerus mendapat sokongan daripada semua pihak. Dengan adanya pengisian seperti ini, insyaAllah dapat merapatkan lagi hubungan dengan badan-badan lain selain memupuk semangat kesukanan di kalangan ahli IMSAK.