Majlis Pelancaran Hari Berbahasa Arab Dan Anugerah Pelajar Cemerlang

Pelajar-pelajar yang hadir ke program

MC program = Ustaz Akmal

Dari kiri : Ustaz Mahathir (YDP IMSAK), Ustaz Aswandi (Atase Pendidikan), Ustaz Fazrul (Biro Pendidikan)

Ustaz Azman membaca potongan ayat-ayat Quran

Ustaz Fazrul memberikan ucapan alu-aluan

Ucapan dari YDP

Urang khosyok nengar ceramoh

Ceramah oleh Ustaz Aswandi

Pelajar Cemerlang Dirasat (Ustaz Taqiuddin), Wakil Pelajar Cemerlang (Dr. Awang Azmi) bersama tetamu kehormat

Gotong-royong menyediakan makanan



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Biro Pendidikan IMSAK Mesir telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Hari Berbahasa Arab Dan Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari Khamis, 9 Disember 2010. Bertempat di Dewan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Asrama Kenyalang, program itu telah dirasmikan oleh Ustaz Aswandi, Atase Pendidikan di Education Malaysia. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa Arab dan bahasa Inggeris serta menggalakkan pelajar-pelajar untuk berbahasa Arab semasa sendiri. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mencapai matlamatnya serta melahirkan graduan-graduan Mesir yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama dan perubatan, malah juga fasih berbahasa Arab dan Inggeris. =)