=) Mulakan harimu dengan senyuman iaitu satu sedekah...
Siapa Kitak? Kenak Kitak Di Sitok? Kenak Kitak Urang Serawak?
Mari kita sama-sama fikirkan soalan-soalan tersebut. Seringkali ditanya, namun tiada yang dapat menjawab. Segelintir yang menjawab, tetapi tidak faham akan maksud jawapan yang diperkatakan oleh mulut. Soalan yang begitu mudah, namun tidak ramai yang dapat menjawabnya. Kenapa? Why? Limadza?
Soalan-soalan sebegini akan sentiasa bermain di fikiran kita kerana adanya fitrah kita yang sentiasa memberikan kita petunjuk-petunjuk kepada diri kita yang sebenar. Kenapa? Kerana kita sudah tidak kenal akan diri kita sendiri. Diri kita yang asal. Sebagaimana Allah telah ciptakan kita. Sebagaimana keadaan kita sejak azali lagi. Fitrah kita, yang sentiasa setia menunggu kita kembali kepadanya, acap kali meratapi kita yang sudah hanyut dalam ombak keseronokan dunia yang melampau, yang telah mengubah kita menjadi orang lain. Percayalah! Fitrah kita, yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah, merupakan diri kita yang sebenar. Yang kenal akan jalan untuk menuju kepada Pencipta Yang Maha Agung, yang tahu cara-cara untuk mendapat Ma'rifatullah, dan yang akan diajar padanya cara-cara untuk mendapat Mahabbah Ila Allah.
Mari kita Muhasabah Diri. Kita selalu mendengar sejarah Anbiya'. Kita membaca mengenai Sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Kita diajar sejarah tamadun-tamadun Islam. Kita juga pernah diskusi tentang sejarah tokoh-tokoh Islam yang begitu mantap dan hebat.

Priority kita sememangnya menuntut ilmu, namun tanggungjawab kita seharusnya kita ingat. Bagi kita yang berada di Mesir, lapangan untuk kita berdakwah sebenarnya bukanlah di sini. Namun, lapangan sebenarnya ialah di tanah air kita, di Bumi Kenyalang yang tercinta. Di sini, kita menyediakan diri kita untuk menghadapi masyarakat di Sarawak. Di pangkalan ini, kita berlatih, berbincang, serta berkongsi ilmu bersama rakan-rakan untuk menjadikan kita cukup bersedia untuk menghadapi masyarakat di Sarawak, yang dahagakan kesedaran, yang memerlukan ilmu dan menginginkan bimbingan. Andai kata kita balik dengan tangan kosong, tiada pada kita benih-benih ilmu untuk disemai di Bumi Sarawak, alangkah ruginya Allah memilih kita untuk dihantar ke Ardul Kinanah ini. Alangkah sedihnya hati mereka yang mengharapkan curahan ilmu dari kita. Untuk itu, sama-samalah kita muhasabah dan fikirkan ya kawan-kawan! =D