…Rogol. Rompak. Racism. Rasuah. Penipuan. Konspirasi. Sindiket. Culik.
Zina. Homoseksual. Penyelewengan…
Cuba amati
perkataan-perkataan di atas. Apakah reaksi anda apabila membacanya? Jikalau
anda tidak merasakan apa-apa, maka jelaslah anda tidak menelitinya dengan mata
hati/inner conscience. Perkataan-perkataan inilah yang selalu menghiasi media
massa kita. Yang paling menakjubkan ialah berita-berita seperti inilah yang paling
banyak mendapat perhatian pembacanya (selain daripada bahagian gossip). Namun, tanpa kita sedari, inilah yang semakin
kerap berlaku dalam masyarakat kita dan juga seantero dunia. Ditambah lagi
dengan “jasa baik” dari media massa, maka graf jenayah semakin melonjak tinggi
kian berlalunya tahun. Dalam kesengsaraan masyarakat mendepani masalah-masalah
ini, golongan yang jelek seperti pemilik-pemilik syarikat media massa ini rakus
mengaut keuntungan, meninggikan lagi gunung emas yang terkumpul di istana mereka, hasil
dari kesengsaraan orang lain. Sedarkah kamu, kesucian moral dan akhlak yang
telah diajarkan oleh setiap agama, sudah tercemar disebabkan kegelojohan
musang-musang yang licik ini? Ambil cakna. Inilah realiti kita. Namun, fokus
penulis pada hari ini, bukannya untuk membongkar segala permasalahan dan
konspirasi yang telah dirancang oleh pihak yang tidak beradab ini. Di sebaliknya,
fokus penulis ialah apakah peranan dan tanggungjawab kita dalam hal ini?
Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun
hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Inilah
penyelesaiannya yang telah digariskan oleh Islam sejak beribu tahun dahulu. Namun,
tanpa kita memahami hadis ini secara menyeluruh, kita tidak akan berpeluang
untuk merasai sebahagian daripada keindahan Islam. Allah memerintahkan kita
untuk menyampaikan khazanah-khazah ilmu yang dikurniakan-Nya kepada orang-orang
yang memahami, supaya keindahan Islam dapat dikongsikan bersama. Islam
merupakan cebisan cahaya indah menerangi dan menyuluh alam ini yang diselubungi
kegelapan dan penuh dengan kesengsaraan. Dengan panduan Islam, manusia bebas
dari belenggu dunia yang penuh dengan keperitan, menjulung mereka ke aras yang lebih
tinggi, memudahkan kita untuk kembali ke tempat asal kita, iaitu Jannah.
Jikalau Islam itu cebisan, maka pembawa berita gembira ini ialah sebahagian
daripada cahaya nur iaitu, Habibullah, Nabi Muhammad S.A.W. Jikalau Nabi
Muhammad S.A.W ialah sebahagian daripada cahaya nur, maka pemilik nurnya tidak
lain tidak bukan, sultan, maharaja, pemilik segala-galanya, iaitu Rabbul
Izzati, Allah S.W.T. Sedarkah kamu bahawa Allah tidak menurunkan berita gembira
ini melainkan untuk sekalian alam? Bukannya hanya untuk manusia, namun ia juga
untuk penghuni alam jin, para flora dan fauna. Sedarlah!!! Islam bukan milik kamu berseorangan.
Islam milik semua. Jadi, ilmu yang ada pada kamu, bukanlah hanya untuk diletakkan
di kotak besi berkarat dalam dirimu. Wajib ke atas kamu untuk menyampaikannya dan
mengamalkannya supaya secebis daripada nikmat kebahagiaan yang hakiki dapat dirasai oleh
seluruh alam sejagat. Amati kata-kata ini :
“Spread peace” is not merely to say Assalamualaikum. This is a slogan
of the Muslims. But it contains the meaning that nothing except
clemency(merciful) should emanate from them towards others. Only that which
benefits others should emanate from them. Only that which brings others close
to God should emanate from them.
-
Habib Umar
Bin Hafidz -
Sudahkah
kamu menyampaikan?
“Saya tak boleh nak berdakwah lagi, ilmu tak cukup”
“Saya malu nak berdakwah, saya tak bersedia lagi sebab saya
ni berperangai buruk”
“Saya cuak akan bisikan nafsu untuk berperasaan riak, ujub
semasa menyampaikan ilmu. Biarlah saya menyediakan diri saya sendiri terlebih dahulu”
Makanya, persoalan-persoalan ini perlu anda jawab dengan
jujur :
“Jikalau begitu, bila agaknya kamu akan bersedia? ”
Tanpa kamu sedari, kamu telah mengambil hak orang lain. Sedarkah kamu?
Jika bukan kamu, siapa lagi?
Bila bukan sekarang, bila lagi?
Insya Allah, jika kamu mampu menjawabnya dengan seikhlas
hati, maka kamu telah bersedia.
Insya Allah, jika kamu berjaya mencari jawapannya, maka
terjawablah persoalan-persoalan yang sudah melaut dalam dirimu.
Insya Allah, jikalau kamu sudah bertemu jawapannya, maka
sudah terisilah suatu kekosongan yang sudah bertapak dalam hatimu.
P.S. Bersempena cuti
Winter tok, manfaatkanlah oo? XD
Dr. Mong Ah Kai Shim Chong Hui a.k.a Dr. Mong